Sabtu, 4 Februari 2012

Tip-tip Mencari Diskaun

Salam Diskaun 1 Malaysia Kepada Semua

Memulakan posting yang pertama saya mulakan dengan perkongsian maklumat bagaimana mendapatkan diskaun yang paling mudah dan senang sebab tanpa diskaun tak bestlah shopping kan? Mengapa bayar lebih? bukan ke 'alah membeli menang memakai' itu lebih baik, jadilah pengguna yang bijak membuat perancangan sebelum berbelanja. O.K. lah secara ringkasnya nak rujuk mana-mana diskaun:





1.Merujuk di ruangan iklan-iklan surat khabar.

2. Menonton iklan di telivisyen dan mendengar radio.

3.Membaca papan-papan iklan di tepi-tepi jalan contohnya seperti di Billboard.

4.Membaca mesej-mesej di telefon bimbit anda.

5. Ketika berhenti di lampu isyarat jika ada iklan-iklan di sekeliling rajin-rajinlah manfaatkan terutama T.V. besar tepi jalan.tapi awas berhati-hati ketika memandu jangan leka keselamatan nyawa lebih penting.



6.Cara paling senang sekali merujuk di laman-laman web online dengan menggunakan enjin pencari seperti Google dan Yahoo dan sebagainya.

7.Kejayaan laman web Groupon.com dan ledakan laman-laman web 'deal' seta 'group buy' kini menyebabkan kelahiran banyak laman web kupon diskaun dan deal secara online di Malaysia. Anda boleh cari sendiri di enjin pencari dengan kata kunci 'kupon diskaun' dan sebagainya.

8. Melalui kawan-kawan, jiran keluarga dan kenalan lain anda.

9. Rajin bertanya dengan mana-mana jurujual tentang kewujudan diskaun untuk setiap barang yang hendak dibeli.



Peringatan: Sila pastikan setiap maklumat diskaun yang diperolehi itu adalah tepat dan tiada penipuan. Untuk tujuan ini, anda mestilah mengkaji secara terperinci dan merujuk dengan orang-orang yang tahu dan dipercayai terutama jika ia melibatkan syarat-syarat atau terma-terma tertentu yang mana selalunya ada tanda seperti ini : *

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Any comment? Komen Anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...